Wednesday, 19 October 2011

Kambing Gurun Capricornis sumatrensis (Bechstein) Serow Famili: Bovidae

Ciri-ciri
Kambing Gurun tergolong di dalam famili Bovidae iaitu satu famili dengan Seladang
dan lembu . Saiz spesies ini adalah lebih kecil daripada Rusa Sambar tetapi lebih besar
daripada Kijang.  Spesies ini mempunyai warna bulu yang hitam dengan hujungnya
berwarna kelabu.  Telinganya adalah seakan telinga Keldai dan kedua-dua jantina
mempunyai tanduk.

Taburan
Ia boleh ditemui di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Thailand, Myanmar, Indochina,
selatan China dan India.  Di Semenanjung Malaysia spesies ini dapat ditemui di kesemua
negeri.  Penyelidikan ke atas Kambing Gurun pernah dijalankan di negeri Perlis dan
Negeri Sembilan.

Habitat
Kambing Gurun selalunya mendiami bukit-bukit yang berbatu samada di kawasan
tanah pamah, bukit ataupun kawasan gunung.

Tabiat 
Ia selalunya akan keluar mencari makan pada awal pagi dan lewat petang.  Makanan
utamanya adalah daun-daun pokok seperti Ludai dan lumut-lumut yang terdapat di
bahagian batu-batu gua.  Kegemaran spesies ini adalah berjemur di tempat-tempat
yang terbuka di kawasan yang berbatu.  Spesies ini amat sukar ditemui kerana ia hanya
berkeliaran di kawasan bukit-bukit dan gunung yang berbatu.

Status
Akta 76/72           : Diperlindungi  sepenuhnya


0 comments:

Post a Comment